~~Salah siapa?~~

Sunday, February 8, 2009

“Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah”




Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat akidah umat Islam. Mereka berusaha dengan pelbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya. Kalaupun tidak sampai memusnahkan akidah mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya.

Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini bersikap ‘toleransi’ terhadap agama dalam erti kata tidak meninggalkannya secara total dan tidak pula menganutnya secara total. Agama dipilih mengikut selera dan dipraktikkan dalam acara tertentu sahaja. Agama hanya dijadikan aktiviti bermusim dan sebagai agenda persatuan atau pertubuhan untuk dimuatkan di dalam laporan tahunan. Kini umat Islam berdepan dengan masalah yang sangat ketara bahawa agama hanya sekadar pada nama,tanpa penghayatan dan bukan lagi menjadi suatu cara hidup.

Cuba kita teliti dan hitung, dari mula bangun tidur hingga kembali kepada tidur, banyak mana ajaran Islam yang kita hayati. Banyak mana Islam dijadikan panduan dalam segala urusan hidup. Banyak mana kita membawa Tuhan bersama dalam mengendalikan segala urusan harian. Kalau tidak ada black metal, kehidupan kita tetap jauh dari Tuhan. Kalau bukan kerana black metal, hati kita tidak ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Hati kita tetap cuai dan lalai bahkan sangat menderhakai Tuhan. Sebab itu jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah. Lemah dalam melawan nafsu serakah. Lemah dalam membawa Tuhan dalam urusan hidup. Akhirnya Tuhan biarkan umat Islam diratah-ratah, dibuli dan diperkotak-katikkan oleh musuh. Ini belum lagi diperhitungkan untung nasib di akhirat kelak. Entah di Neraka mana yang kita ini bakal dihumban lantaran terlalu amat derhaka kepada Allah SWT. Betapa tidak, jauh sekali umat Islam ini berjuang untuk membangunkan empayar, menguasai bumi yang merupakan milik Tuhan. Malah membenteng diri daripada ditembusi akidah dan budaya kufar pun tidak berupaya.

Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada ‘khairunnas’ - sebaik-baik manusia. Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:

Pertama: Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman, mungkin itu sekadar boleh mengesahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka. Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.

Kedua: Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan akhirat. Bermula dari alam barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak mampu untuk berfungsi sedikit pun. Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti jika dinisbahkan dengan kehidupan di akhirat. Satu hari di akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di akhirat hanyalah beberapa minit saja.

Menyedari hakikat bahawa hidup ini amat singkat berbanding akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu sahaja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat syurga yang tidak dapat dibayangkan. Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah.” Sekecil-kecil kejahatan ada dosa dan nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba-lumba berbuat kebaikan. Dalam pada itu dosa kecil yang dilakukan, dirasakan seperti "gunung yang hendak menghempap kepala”.


Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang mengidamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.

>If Tomorrow Never Comes<

If tomorrow never comes
Have I done what I should have done today
Or did I just let time slip away

If tomorrow never comes
Have I said sorry to the people I have done wrong hurting
And plead to God for forgiveness for all my sinning

If tomorrow never comes
Did I say thanks to the people I know,
Or I just didn’t bother to show

If tomorrow never comes
Will I know what is next to come,
And will I get to paradise with a warm welcome

If tomorrow never comes
I won’t let the day pass away,
And cherish what I have today

If tomorrow never comes
I’m sure to strive my best,
And make that day the best from the rest

We will never know if we have tomorrow,
So I plead to God with full of sorrow:
DEAR LORD SHOW ME THE WAY,
FOR YOUR WAY IS THE ONLY WAY,
AND MAKE MY EVERYDAY MY BEST DAY, AMIN!

*7 Cara Memotivasikan Diri Di Pagi Hari*

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

~:@Doa Membendung Keegoan Manusia@:~

Prayer Helps Us Chip Away Our Egotism

I always had difficulty with prayer. If God knows everything and is, as the Qur'an says, closer to me than my jugular vein, why did he need to hear my requests? I disliked the idea of a God who demands endless praise - he reminded me of a tyrant who demands constant, obsequious abasement from his subjects.

Surely God did not need to be reminded that he had created the world and that we are all miserable sinners, as we say so frequently in our liturgy. And I had great problems with petition.

Why should God answer my prayers, when he so clearly fails to heed the prayers of many hopeless people throughout the world?

I also did not really believe in a God who would intervene in history and change the natural order: Why should he avert a storm from the location where I am planning a picnic and send the storm onto some other unfortunate folk?

But then I came to understand that prayer is really for us. It is selfishness and egotism that hold us back from God and our best selves. We use language to build a protective carapace around ourselves, to ward off attack and to bolster our self-esteem.

How rare it is to really apologize
; and how frequently the person who does apologize points out that you too are somewhat to blame for what has occurred. How rare it is really to praise.

There is a nasty little part of us that feels impaired by somebody else's success or good fortune.

I recall a friend once saying to me: "Oh Karen! Congratulations on your marvelous reviews!" And then, almost immediately: "Have you put on weight recently?"

People are often reluctant truly to thank somebody from the bottom of their heart or to express need: It is a tough world and you have to seem in control.

But prayer teaches us to use language in a different way: To thank, praise, and beg pardon wholeheartedly, without holding anything back. And as we do that, we chip away at our egotism.

And that, in turn, will make us a force for good to the people around us and make the world a better place-without asking God to perform a miracle.