~Sinetron - Sekar Ep 87~

Friday, February 13, 2009

Kesinambungan Episode Lepas













@>Perempuan Itu Nisa<@

Terminite tertarik dengan article dibawa ini...yang di tulis dalam sebuah privite blog beliau...beliau adalah pelajar tahun ketiga architecture University Of Nottingham, Merupakan bekas pelajar sekolah Jalan Bahagia Temerloh, SHAHPEKAN dan KYUEM

Berikut adalah perkongsian ZaffanKhalid salah seorang krew Iluvislam selepas menghadiri halaqah bersama seorang pelajar PHD di universiti yang digelar Sister Fullah. Ibu kepada empat orang ini merupakan warga negara Algeria dan mempunyai Master dalam bidang Al-Quran dan Sunnah.


1. Sesi tafsir pada minggu ini membincangkan ayat 32 ke 33 Surah Al-Isra`. Antara yang dinyatakan ialah bagaimana zina boleh membawa kepada lahirnya anak luar nikah. Kemudian anak-anak ini dibunuh untuk menutup kesilapan yang ibu bapa mereka lakukan. Andai anak ini dilahirkan sekalipun dan dibesarkan tanpa bapa menyebabkan mereka sukar untuk hidup bahagia. Fitrah seorang manusia yang memerlukan bapa tidak dipenuhi. Akhirnya anak-anak ini selalunya terlibat dengan jenayah dan mendatangkan kekacauan dalam masyarakat. Ini berdasarkan kajian yang dibuat di UK kata Sister Fullah. Agak-agak jika dia mendengar negara Islam (majoriti Muslim) mempunyai kes anak luar nikah dan seks bebas yang tinggi bilangannya, terkejut agaknya.

2. Maka sebagai wanita, dalam menangani kes ini, kita boleh menutup pintu zina dengan menjaga diri kita. Pakaian dan ketegasan wanita dalam memelihara maruah dan kesucian diri amatlah penting. Kecantikan yang wanita miliki bukan untuk ditayang, tetapi untuk disyukuri dan dipelihara. Kecantikan ini hanya halal untuk sesetengah golongan sahaja. Bukan sekadar perlu menyorokkan kecantikan kepada umum, bahkan menarik perhatian dengan mencantik-cantikkan diri juga haruslah dielakkan.

3. Islam menyekat wanita untuk bercantik-cantik? Islam tidak membebaskan wanita? Fikir kembali, kerana Allah ingin membebaskan kita daripada zina lah, (perkara yang banyak mendatangkan masalah dan akhirnya hidup tidak aman dan bebas) Allah menyuruh wanita untuk memelihara kecantikan mereka. Apabila kecantikan ini dipelihara dan dijaga, maka amanlah masyarakat dan pintu zina dapat ditutup.

4. Perbincangan ini membawa memori saya kepada beberapa perkara. Pertama ialah arkitel tulisan Ustaz Zaharuddin Sila KLIK setiap tajuk dibawah untuk baca lebih lanjut. Artikel yang menarik:

5. Perkara kedua yang menerjah fikiran saya ialah isu ini juga pernah dibincangkan di parlimen. Awal 2000 atau lewat 90 an saya kira. Namun selepas isu ini ditimbulkan diparlimen, adakah bilangan zina di negara kita semakin berkurang? Sama-sama kita difikirkan.







6. Perempuan itu nisa`. Marilah kita sama-sama lebih sensitif dengan cara pembawaan diri kita. Mulakan sedikit demi sedikit. Mulakan dengan hijab fizikal (pemakaian) dan akhirnya membawa kepada hijab hati. Menghijab diri kita daripada apa jua yang boleh membawa kepada zina. Di dalam quran menyebut untuk kita TIDAK MENGHAMPIRI zina.

7. JIka kita belum cukup tahu, mari tambah ilmu. Jika sudah wujud mahu untuk berubah, kumpul kekuatan dan lakukan sesuatu. Ambil langkah pertama. Selepas sudah mencuba, insyaAllah kita mampu untuk meningkatkan diri lebih baik dari semasa ke semasa. Perempuan itu nisa` yang sungguh istimewa. Semua wanita mengimpikan pembawaan diri yang sejuk mata memandang lagi mendamaikan jiwa. Mari berusaha ke arah itu insyaAllah.

~Raja Lawak Musim-3 Minggu 6~

Raja lawak musim ke-3 hampir ke penghujung...ya ini...hampir ke final...untuk minggu nie term tertarik ngan lawak nie....NIe term share...



~Sinetron - Sekar Ep 86~

Sinetron Terhangat Di RCTI