~Mengapa Dia Sering Datang~

Thursday, October 13, 2011

Apakah yang kita rasa jika rumah kita dijenguk oleh seseorang yang tidak dikenali setiap dua puluh minit sekali? Risau? Gelisah?

Bagaimana pula jika orang menjual barangan atau meminta sedekah datang ke rumah, mengetuk pintu rumah dan cuba mendapat perhatian kita setiap dua puluh minit? Rimas?

Bagaimana pula jika bos kita datang ke tempat kita, 'cubicle office', setiap dua puluh minit?

Kita tentu mengesyaki dia perlukan apa-apa atau hendak memastikan kita menjalankan tugasan.

Bagaimana jika anak kita datang menjenguk kita di bilik atau di ruang tamu setiap dua puluh minit sekali?

Tentu kita menyangka dia perlu bercakap dengan kita atau sesuatu tidak kena.

Tanggapan kita seharusnya bertepatan berdasarkan kerja atau kebiasan tugas mereka yang menjenguk itu. Jika anak, kita rasakan dia perlu bantuan kerana itu kebiasaan dia perlukan bantuan kita.

Begitu juga dengan bos, dia selalu memberi kita tugasan maka jika dia kerap menjenguk maka kita terfikir dia mahu berikan kita tugasan. Jika orang asing, tentu kita menyangka dia memerhati untuk melakukan jenayah.

Bagaimana jika tugas suatu makhluk itu menjenguk kita dua puluh minit sekali dan tugasnya adalah mengambil nyawa kita?

Sebuah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

" Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini tujuh puluh kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah S.W.T untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."

Seandainya kita tahu akan hal ini, nescaya kita tidak lagi lalai dalam mengingati mati.

Rasulullah S.A.W pernah ditanya:

"Siapakah orang orang beriman yang lebih bijak? Jawab baginda: Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak"(Hadis riwayat ibn Majah drpd Ibn Umar r.a)

Sepertimana kita risau akan orang asing yang menjenguk rumah kita, kemungkinan menelefon pihak polis atau bersiap dengan senjata, begitulah seharusnya persediaan kita menghadapi mati.

Ini kerana, mati itu pasti datang. Atas kepastian ini yang hidup itu pasti akan mati, kenapa kita tidak bersiap-sedia. Oleh itu, mereka yang menyediakan persiapan yang lengkap adalah mereka yang paling bijak.

Pandangan sisi, jika kita melihat ada orang akan membaling batu kepada kita. Kita tunggu dan biarkan batu ketuk kepala. Kawan kita akan bertanya "Kenapa kau tak elak?". Kita menjawab, "Saja". Dia tentu berkata "Bodohlah kau ni, elakla dah tahu dia nak lempar batu tu kat kau!"

Sedangkan manusia biasa faham hakikat apabila tahu tetapi tidak sedia itu bodoh, maka bila tahu dan sedia itu bijak!

Oleh kerana itu, sebenarnya manusia itu sedar akan kita akan menempuh kematian. Lihatlah sekeliling, begitu mudah mereka mati sama ada kerana penyakit, kemalangan, tiba-tiba mati dan bencana.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh Malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Meskipun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu.

Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan Malaikat maut.

Sesungguhnya Malaikat maut menjalankan arahan Allah S.W.T dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah S.W.T menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah S.W.T untuk menentukan kematian seseorang itu sama ada bersebab ataupun tidak. Bayangkanlah ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi Malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal sama ada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya. " ( Surah al-A'raf ayat 34 ).

Bagaimana?

Sudah bersedia?

Sedar atau tidak?

Kematian itu pasti menjemput kita.

Astro Menghadap kaabah???

Wednesday, October 12, 2011


Betulkah Piring Astro Menghadap Kaabah?



Mungkin ada yang hairan dengan tajuk ni, adakah kebetulan ataupun memang benar-benar seperti yang dinyatakan. Apa-apa pun kita baca je lah fakta yang di copy paste ini.

Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit.

Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana? KENAPA BEGITU?

Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik d
an mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah. "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi i
tu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh.. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-
dua medan adalah sama kuat. Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Ber
makna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini," jelasnya Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk ma
na-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini